Qaseh Kazim Network

TIP KURUS

BULAN PUASA BOLEH KE DIET??

SEGAR DAN BERTENAGA DIET DI BULAN PUASA…

Anda mahu nampak sihat, cergas dan segar bertenaga walaupun seharian berpuasa?
Puasa adalah menahan diri daripada makan dan minum, serta segala perkara yang boleh membatalkan puasa,mulai daripada terbitnya fajar hingga masuknya waktu berbuka.Dalam menahan lapar dan dahaga tersebut, tentunya kesegaran tubuh akan terganggu kerana kekurangan zat dan dehidrasi yang mungkin akan menyebabkan anda jatuh sakit.

Kulit anda juga akan menjadi kering, bibir pecah-pecah serta pengelupasan tumit. Untuk itu, sekalipun anda mahu mengamalkan diet bulan puasa, anda tetap juga perlu menjaga kesihatan dan kesegaran tubuh sepanjang tempoh berpuasa.

Berikut adalah diet bulan puasa yang perlu diberikan perhatian jika anda mahu kurus!

🍲KETIKA BERSAHUR

  • Hindari pengambilan makanan yang manis-manis atau banyak mengandungi gula kerana ia akan mempecepatkan reaksi tubuh untuk melepaskan insulin.
  • Hindari tidur setelah bersahur supaya tubuh kita tidak mudah lemah pada siang hari setelah bangun.
  • Hindari pengambilan apa sahaja jenis minuman yang mengandungi kafein seperti kopi pada sahur kerana ia akan mempercepatkan rasa dahaga pada siang hari.
  • Perbanyakkan pengambilan makanan berserat tinggi untuk memperlambatkan proses penghadapan supaya dapat membantu insulin dikeluarkan secara berperingkat. Insulin adalah hormon yang berfungsi mengeluarkan gula dari dalam darah ke sel-sel tubuh sebagai sumber energi.
  • Lakukan senaman ringan pada pagi hari.

 

🍲 KETIKA BERBUKA

  •  Hindari minuman berkarbonat atau bergas kerana ia akan membuatkan perut menjadi kembung.
  • Usah mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak dalam satu waktu. Sebaiknya makanlah secara berperingkat dengan jumlah yang sedikit tetapi dalam beberapa kali.
  • Minumlah air putih dan kurma sebelum mengambil makanan lainnya.
  • Minumlah air putih daripada minuman berais atau air manis atau air panas kerana air putih lebih cepat terserap oleh tubuh berbanding air panas atau minuman berais.

Subscribe for update

15 + 7 =