Qaseh Kazim Network

TIP BERPUASA

Tips Berpuasa

Tip Kesihatan | 0 comments

TIPS BERPUASA : CARA MINUM AIR MASAK DI BULAN RAMADHAN

Meminum air masak/kosong adalah sangat-sangat baik untuk kesihatan sebab iai membantu kita melancarkan sistem perkumuhan & membuang toksin di dalam badan. Apabila toksin sudah dibuang, barulah badan kita boleh menyerap segala nutrien dari makanan & supplemen yang kita ambil setiap hari!

Tapi bila bulan Ramadhan ni agak sukar rasanya untuk minum air kosong banyak-banyak kan.. Ye lah, sebab waktu siang yang panjang tu kita berpuasa kan..

So, meh saya share beberapa tips mudah utk habiskan 2/3/4 liter air masak semasa berpuasa di bulan Ramadhan.

1. Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong suam.

2. Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong

3. Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong : 500 ml atau 1 liter dan teguklah antara salam / dua rakaat.

4. Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda…teguklah apabila terjaga malam.

5. Semasa bangun sahur…jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti anda bertarawih. Letakkan botol air di sisi anda.

6. Minumlah air kosong dengan tertib. Iaitu dengan cara, teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula…

7. Jangan minum berdiri ye.. hehe..

Subscribe for update

10 + 8 =