Qaseh Kazim Network

Cara Untuk Tulis Ayat Iklan Seperti HERO

Cara Untuk Tulis Ayat Iklan Seperti HERO

Tip Menjual | 0 comments

“Hmmm… Cane Nak Buat Ayat Iklan Ni?.” 

Ramai yang hadapi masalah tak ada idea nak buat ayat iklan. Kadang-kadang tu sampai hampir 1 jam renung je skrin komputer tu, tapi idea tak keluar-keluar juga.Bila dah jadi macam ni, mula la rasa nak give up.

Ada yang hatinya sado sikit, belum give up. Dia akan pm mana-mana sifu dan minta idea.

“Mari saya dedahkan pada anda satu rahsia besar tentang ayat iklan.”

 

RESEARCH!!!!

  1. Mereka akan buat ”research”di blog, forum atau social media. Selain tu, kebanyakan masanya mereka juga akan buat “survey” dan bertanya terus pada pelanggan sedia ada.
  2. Dengan buat “research”dan “survey”, anda tidak perlu berteka-teki lagi tentang idea untuk tulis ayat iklan.
  3. Berteka-teki dalam membuat ayat iklan sebenarnya adalah ibarat satu perjudian.

Tapi… soalnya, , nak tanya apa?

Jom tengok  3 perkara penting yang anda perlu korek dari pelanggan sebelum anda buat iklan.

#1 Masalah Utama

Satu perkara yang kita perlu tahu. Manusia membuat keputusan pembelian sebab mereka ada masalah… dan masalah ini pula perlu diselesaikan.

Hakikatnya, manusia bukan beli produk, tapi kita semua membeli penyelesaian. Sebab tu, penting sangat untuk anda tahu apakah masalah utama bakal pelanggan anda.

Masalah utama pelanggan biasanya akan dijadikan masej utama dalam iklan anda.

Tonton video iklan Panadol ni, dan anda akan dapati Panadol jadikan masalah utama pelanggan mereka sebagai masej utama.

Prinsip ini bukan hanya terpakai untuk tulis ayat iklan di FB je, bahkan ianya adalah prinsip asas bagi apa-apa iklan. (Billboard, video, banner, flyer)

 

#2 Kerisauan Pelanggan

Selain dari masalah utama, bakal pelanggan anda juga membeli satu-satu produk sebab mereka ada kerisauan yang bermain di fikiran mereka.

Masalah utama menjadi pencetus buat manusia untuk beli satu-satu produk… Tapi, apa yang buatkan bakal pelanggan anda terdorong untuk beli produk adalah kerisauan.

Ianya ibarat sebuah suis, jika dipetik bakal pelanggan anda akan tergerak untuk buat pembelian.

Sebagai contoh, si A mungkin membeli ubat kurus sebab dia ada masalah obesiti. Tapi, disebalik masalah obesiti tu, ada kerisauan-kerisauan lain yang menjadi motivasi buat si A untuk beli ubat kurus.

Mungkin si A pernah kena ejek dan digelar badak sumbu oleh kawannya. Setiap malam sebelum tidur, ejekan itu terngiang-ngiang dalam kepalanya?

Mungkin?

Untuk korek kerisauan yang bermain di fikiran bakal pelanggan anda, anda perlu buat research atau jalankan survey.

 

#3 Kehendak Utama

Kalau rujuk pada point #1, masej utama iklan biasanya fokus pada masalah utama bakal pelanggan.

Tapi, ada masanya manusia tetap membeli satu-satu produk walaupun mereka tak ada apa-apa masalah.

Selain dari masalah, kadang-kala manusia juga membeli sebab mereka ada kehendak yang tersendiri.

Sebagai contoh, menutup aurat adalah keperluan. Perempuan beli tudung sebab mereka ada masalah nak tutup aurat.

Tapi, itu secara asasnya. Kebanyakan perempuan, beli tudung sebab kehendak mereka.

Mungkin mereka mahu beli tudung sebab nak tampil cantik ke ofis?

Mungkin mereka beli tudung baru sebab nak “attend wedding” bff dia?

Mungkin juga dia beli tudung untuk pakai masa dia bertunang nanti?

Jika produk anda bersifat kehendak, anda perlu tahu apakah kehendak utama bakal pelanggan anda? Mengapa mereka mahukan produk anda?

 

Kesimpulan

Ada 2 perkara yang menjadi faktor manusia buat keputusan pembelian. Samada, mereka mahu selesaikan masalah atau mereka ada sesuatu kehendak yang mahu dicapai.

Apa pun, untuk ketahui masalah utama, kerisauan dan kehendak bakal pelanggan anda… Anda perlu buat “research”. Kalau dah buat “research” tapi “point” yang anda dapat masih sikit, anda boleh juga buat “survey”.

Biasanya, anda akan dapat lebih banyak “point”  melalui “survey”. InsyaAllah. =)

Nota Kaki:

Apa yang saya share dalam artikel  ni hanya 10% je dari ilmu penulisan ayat iklan. Kalau nak belajar selebihnya, boleh sertai team QASEH KAZIM NETWORK bersama Sifu Syim!

Dalam online training ni, Sifu Syim tunjukkan step-by-step formula lengkap macam mana nak buat ayat iklan untuk tarik lebih ramai pelanggan.

Subscribe for update

6 + 11 =