Qaseh Kazim Network

Cara Mempromosikan Produk

Cara Mempromosikan Produk

Tip Pemasaran | 0 comments

1. Cara tradisional yang masih berkesan hingga hari ini adalah secara langsung dari mulut ke mulut. Perkenalkan perniagaan anda kepada kawan-kawan terdekat atau saudara mara dengan pemberian kad niaga atau brouchure. Tetapi jangan lupa untuk meletakkan nama, nombor telefon dan website anda.

2. Promosikan produk melalui sosial media (Facebook, Twitter, Instagram, Linkedin, Foursquare, YouTube dan sebagainya) adalah cara promosi perniagaan yang popular dan mudah kerana boleh dilakukan di rumah atau dimana-mana sahaja.

3. Tempatkan iklan berbayar di surat khabar, majalah atau website yang bersesuaian dengan niche anda seperti mejual alatan solek di majalah khas untuk wanita.

4. Promosi melalui surat.
Promosi cara ini sudah jarang dilakukan selepas timbul promosi online yang lebih mudah, namun promosi melalui surat adalah satu cara yang berkesan untuk memberi maklumat atau tawaran terbaru kepada pelanggan.

5. Jadi jurucakap di seminar, dan berbicara tentang hal-hal yang hanya dikendalikan (termasuk promosi).

6. Jadilah tetamu di rancangan radio.

7. Buat data base e-mail atau nombor telefon bimbit pelanggan.
Anda boleh terus menerus update berita-berita terbaru, promosi dan juga follow up pelanggan dari masa ke semasa. Pemasaran email merupakan teknik pemasaran atau promosi yang terbaik. Ia mudah untuk dilakukan dengan cara copy ayat-ayat promosi dan kongsikan kepada rakan-rakan melalui group whatsapp atau emel. Menggunakan Autoresponder seperti Aweber, emailtik atau getrespond untuk mengumpul mailing list dan membuat penghantaran email secara sistematik dan beretika.

8. Buat brouchure yang menjelaskan kebaikan produk kepada pengguna.

9. Buat gambar logo syarikat yang mudah diingat dan berkesan.

10. Isu buletin yang berkaitan dengan produk anda sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

11. Buat souvenir

12. Memberi stiker/ pelekat kereta bersama logo syarikat dan slogan secara percuma di tempat letak kereta yang menyatakan perkhidmatan dan nombor telefon perniagaan.

13. Design T-shirt dengan logo dan nama syarikat.

14. Saling membuat mempromosikan dengan perniagaan lain yang bukan pesaing.

15. Iklan di radio, television, billboard dan bus awam.

16. Iklan di tempat umum/ menunggu. Pengiklanan melalui banner, templet, pelekat kecil tentang perniagaan dengan menampalkannya di tempat-tempat umum dan tumpuan orang ramai seperti perhentian bas dan traffic light.

17. Mengadakan peraduan

18. Membuat seminar/ perjumpaan/ jemputan ceramah dikhususkan untuk produk anda.

19. Cari pelanggan berpotensi di dalam pameran/ event/ seminar yang berkaitan.

20. Mencari bakal pelanggan dalam persatuan yang berkait dengan bisnes anda.

21. Gunakan logo dan nama syarikat pada kereta/ lori syarikat.

22. Memberikan sample produk kepada potensi pelanggan.
Bagi produk baru, cara ini berkesan untuk meyakinkan pelanggan terhadap kualiti produk anda.

23. Buat Diskaun.
Cara ini adalah paling banyak digunakan dalam dunia promosi dan ia ternyata berkesan dalam menarik pembeli. Tetapi berhati-hatilah dalam memberi diskaun kerana diskaun yang banyak boleh menyebabkan pelaggan anda enggan datang semula apabila harga sudah kembali asal.

24. Sediakan kupon dan baucar.
Pada zaman kini sudah menjadi trending untuk memberi hadiah berupa kupon atau baucar untuk acara khas. Mereka yang mendapat hadiah akan merasai/ mengunakan produk anda. dan bermungkinan menjadi pelanggan tetap.

25. Membership.
Cara ini akan memberi pelanggan tetap kepada anda kerana mereka merasa sudah bersusah payah menjadi member maka mereka pasti akan memanfaatkan kelebihan sebgai ahli. Oleh itu anda hendaklah menghargai mereka ini yang telah menjadi ahli dengan memberi harga kursus/ diskaun dan sertakan sistem referal yang akan memajukan model keahlian ini.

26. Sertakan servis dalam produk.
Bila anda menjual produk yang memerlukan penghantaran atau pemasangan, cara ini amat berkesan memikat hati pelanggan. Mereka akan merasa tawaran harga produk anda lebih berbaloi.

27. Sebarkan info tips dan cara pakai. Apabila anda membuat tutorial pemakaian produk anda seperti membuat tips cara memakai shawl (produk), secara tidak lansung anda telah menjual produk anda kerana pelanggan yang melihat tips ini akan berusaha mencari produk yang sama seperti tutorial yang dilihatnya.

28. Memberikan peluang kepada calon pelanggan, untuk melihat proses pembuatan produk anda.

29. Sponsor acara amal.

Semoga tip promosi produk yang berkesan ini dapat membantu para usahawan dan yang berkaitan untuk menyelesaikan permasalahan promosi secara berkesan dan berkualiti. Serta, akhir sekali mendapat pulangan dari pelaburan promosi fizikal yang dilakukan.

Subscribe for update

11 + 14 =