Mentor bisnes Cina berpesan,

“Berniaga ini payah, susah dan jerih. Kerana ia memberikan potensi pendapatan yang tidak terbatas. Legasi yang tiada had, dan keuntungan aset yang maksima.”

Bisnes orang Cina hidup secara berkumpulan.

Hampir setiap negara kita boleh jumpa satu perkampungan khusus yang dikenali sebagai China Town.

Kampung Cina pula adalah gelaran yang tidak asing lagi di setiap daerah di negara Indonesia. Khususnya di kawasan Pluit dan Kelapa Gading.

Pesan mentor lagi,

“Ini bukan negara kami. Justeru itu, kami perlukan tentera dan jemaah yang bersatu teguh, untuk memantapkan ekonomi. Biarkan ia bermula secara kecil-kecil. Asalkan yang kecil itu berhasil.”

Alang-alang berniaga, berniaga secara berkumpulan..