Qaseh Kazim Network

Antara Tips Perniagaan Simple Yang Saya Biasa Amalkan

Antara Tips Perniagaan Simple Yang Saya Biasa Amalkan

Tip Perniagaan | 0 comments

Antara tips perniagaan simple yang saya biasa amalkan…

1. Tahu mengenai produk yang kita jual sepenuhnya, dari A hingga Z. Kita perlu jelas mengenai bisnes yang sedang kita jalankan. Ini adalah perkara akar umbi yang wajib kita kuasai terlebih dahulu.

2. Fahami dan utamakan asas yang penting dalam menjual, iaitu menjual kepada orang yang sesuai (targeted) sahaja. Usahawan yang bijak tidak akan menjual secara melulu. Kita perlu kenal sebaik-baiknya kelompok sasaran pelanggan kita. Umur mereka, kuasa beli mereka, demografi (lokasi), kerjaya, jantina, minat mereka dan lain-lain aspek.

3. Sabar dalam menjual. Pelanggan mempunyai ciri yang berbeza-beza. Ada yang mudah membuat keputusan, ada yang terus mahu beli, ada yang bertanya banyak soalan terlebih dahulu, ada yang meremehkan usaha kita dan pelbagai lagi. Sebagai usahawan, pelbagaikan kaedah penyampaian sama ada secara visual, lisan dan teks secara konsisten.

4. Pangkalan data prospek dan pelanggan. Usahawan tidak melihat pada jumlah jualan semata-mata, yang lebih penting adalah menjaga kualiti pangkalan data prospek yang mereka jana dan simpan. Senarai prospek adalah umpama “emas” yang amat berharga. Sebagai usahawan, kita perlu tahu dan faham, kita sebenarnya boleh menjual dan hasilkan banyak wang pada bila-bila masa sahaja.

5. Jalin hubungan baik secara berterusan dengan pelanggan sedia ada. Mereka adalah “emas premium” yang paling bernilai. Mengapa? Kerana kita lebih mudah menjual kepada mereka berbanding prospek yang baru. Hubungan yang baik juga akan menyebabkan proses menjual kepada mereka akan menjadi lebih mudah.

Subscribe for update

13 + 1 =