Qaseh Kazim Network

7 Tip Kurus Untuk Ibu Menyusu

7 Tip Kurus Untuk Ibu Menyusu

Tip Kesihatan, Tip Pemakanan | 0 comments

7 TIPS KURUS UNTUK IBU MENYUSU
==============================

Ramai ibu2 yang selepas bersalin berjaya turunkan berat badan semasa berpantang. Makanan dalam pantang kan sihat2. Tambah pula aktiviti menyusukan anak memang boleh bakar sehingga 800 kalori sehari!

Tapi, nak maintain kurus dan dapat berat semasa berpantang tu yang jadi masalah besar bagi ibu2 menyusu ni kan. Dia ibarat balas dendam segala makanan minuman yang dia duk perati je org lain makan depan dia masa pantang ritu. So, boleh agak apa jadi kan? Naik lah berat badan! Mungkin 2x ganda dari sebelum ni.

Ok takpe ibu2 menyusu sekalian, meh saya share apa yg ibu2 kena makan kalau nak kurus walaupun menyusu badan.

  1. Pastikan makan makanan yang seimbang dan bernutrisi.
    Makan nasi, ayam atau ikan dan sayur setiap hari. Jaga portion. Pilih cara masak menu sihat bakar, kukus atau panggang sahaja.
  2. Makan kurma untuk elakkan badan lesu dan letih. Kurma ada karbo yg boleh bagi tenaga dan serat untuk bantu penghadaman, senang membuang, ibu2 boleh kurus.
  3. Makan sayur setiap hari. Boleh celur bayam. Bayam kaya dengan kalsium. Penting utk ibu dan anak. Makan ulam-ulaman seperti pegaga dan ulam raja. Boleh banyakkan susu badan jugak. Makan carrot. Carrot kaya dgn vitamin A, rebus sekali dgn broccoli dan cauliflower.
  4. Makan oat. Boleh buat overnight oats. Oat lambat hadam dan rasa kenyang lebih lama. Ibu menyusu memang selalu cepat lapar kan.
  5. Makan beras perang. Beras perang kaya dengan serat. Pun boleh kurus tau. Cepat kenyang.
  6. Banyakkan makan buah-buahan yang tak tinggi gula mcm epal dan pear. Standby stok buah dekat rumah. Elakkan kerepek yang tak mengenyangkan.
  7. Minum air dalam 3 liter sehari.

Bila menyusu, akan rasa cepat haus. Standby botol air berstraw utk senang minum. Masa tgh menyusu pun senang nak sedut.

 

Subscribe for update

9 + 4 =