Qaseh Kazim Network

7 CARA PEMILIHAN MAKANAN YANG SIHAT

7 Cara Pemilihan Makanan Yang Sihat

Tip Kesihatan, Tip Pemakanan | 0 comments

1. Makanan Berkanji

Kelebihan makanan berkanji ialah mempunyai serat yang tinggi dan boleh membuat anda berasa kenyang dengan lebih lama. Anda tidak perlu mengambil makanan berkanji dalam jumlah yang banyak, cukup sekadar satu pertiga (1/3) daripada pemakanan harian anda. Makanan berkanji meliputi kentang, bijirin, pasta, nasi dan roti.

2. Makan Sayuran & Buah-buahan

Makan seberapa banyak yang boleh sayuran dan buah-buahan, lagi banyak lagi bagus. Sayuran dan buah-buahan mempunyai pelbagai sumber nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan.

3. Makan Ikan

Ikan merupakan sumber protein yang bagus, ia juga mengandungi vitamin serta mineral yang tinggi. Salah satu nutrien yang terkandung di dalam ikan ialah Omega-3, yang dapat membantu mencegah masalah penyakit jantung. Terdapat 3 jenis pilihan dalam pembelian ikan iaitu ikan segar, beku atau tin, tetapi ingat ikan di dalam tin mempunyai garam tinggi dan mungkin terdapat bahan pengawet di dalamnya.

4. Kurangkan Gula

Penyakit kencing manis atau obesiti telah menjadi antara penyakit paling popular di negara Malaysia. Gula merupakan salah satu penyebab kuat penyakit kencing manis berleluasa dengan mudah di negara ini. Tubuh badan memerlukan manis gula sebagai penambah tenaga badan tetapi jika gula yang diambil melebihi dari jumlah keperluan badan, ia akan memudaratkan kesihatan anda. Jika inginkan manis, cuba beralih ke penggunaan gula stevia, gula perang atau apa-apa jenis gula yang memberi kesihatan kepada diri kita.

5. Kurangkan Garam

Tanpa garam, masakan tidak akan sempurna. Garam digunakan sebagai penambah rasa di dalam makanan. Garam juga penyumbang utama kepada penyakit darah tinggi. Kurangkan penggunaan garam di dalam makanan demi menjaga kesihatan tubuh badan.

6. Jangan Kehausan

Kita memerlukan sekurang-kurangnya 1.2 liter air minuman sehari bagi mengelakkan dari dehidrasi (kekeringan) badan. Ketika cuaca panas atau anda aktif bersukan, anda disarankan minum lebih banyak air dari keadaan biasa bagi menampung air yang telah dihidrasi dari tubuh badan.

7. Sarapan Pagi

Ini merupakan perkara pertama yang anda perlu lakukan setiap hari selepas bangun dari tidur iaitu sarapan pagi. Jika anda perasan, kebanyakkan orang yang tidak bersarapan akan mudah letih berbanding dengan yang bersarapan pagi. Ini kerana, sarapan pagi merupakan sumber tenaga pertama yang akan dihadam oleh tubuh badan. Pastikan sarapan pagi anda dilengkapi dengan diet pemakanan yang sihat.

Jangan tinggalkan sarapan pagi! Selain dari pemakanan, kecergasan tubuh badan juga dapat dijaga dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti berlari, berenang, berbasikal, bersukan atau apa-apa sahaja yang boleh mengeluarkan peluh anda. Dengan menjadi aktif, anda akan mempercepatkan lagi proses penghadaman perut dan secara langsung tubuh badan akan menerima nutrient dari apa yang anda makan dengan segera. Mudahkan untuk menjadi sihat. Semua bergantung kepada kesedaran diri serta tindakan proaktif yang berani diambil oleh anda.

Jom sihatkan badan!

Subscribe for update

5 + 7 =