Qaseh Kazim Network

7 CARA ATASI MASALAH KAKI KEJANG & LENGUH SEMASA MENGANDUNG

7 Cara Atasi Masalah Kaki Kejang dan Lenguh Semasa Mengandung

Tip Kesihatan | 0 comments

Berikut adalah antara cara mencegah kekejangan kaki dan lenguh semasa hamil.

1. URUTAN

Apabila diserang kekejangan atau simpul biawak, luruskan dan gerak-gerakkan kaki serta hujung jari. Seeloknya pastikan hujung jari mengarah ke atas dan bahagian tumit pula mengarah ke bawah supaya otot betis berasa lega. Seterusnya, urut betis perlahan-lahan ke arah bahagian bawah kaki.

2. TUAMAN / RENDAMAN AIR PANAS

Jika masih berasa kejang atau lenguh, cuba rendamkan kaki dalam air suam atau gunakan alat tuaman panas. Perubahan suhu ini dapat menjadikan otot lebih relaks dan mengurangkan rasa sakit pada kaki.

Foto Kredit: lifemartini.com

3. SENAMAN REGANGAN

Sejak mengandung, mungkin ibu-ibu berasa lebih sukar untuk bergerak dan cepat letih. Namun, tabiat ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan kerana kurangnya pergerakan boleh menjadikan anda cenderung diserang kekejangan dan lenguh-lenguh.

Cubalah lakukan rutin senaman regangan ini, seperti yang disarankan oleh BabyCenter:

• Regangan kaki – Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan. Tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

• Senaman tapak kaki – Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

Selain senaman ini, ramai ibu turut merasakan bahawa berenang sangat sesuai dilakukan walaupun sarat mengandung.

4. BETULKAN POSTUR

Pastikan postur sentiasa dalam keadaan optimum. Semasa duduk, elakkan tabiat melipat kaki supaya darah dapat mengalir ke bahagian kaki secara lebih menyeluruh.

Ketika tidur, gunakan bantal tambahan agar tubuh berasa lebih selesa. Contohnya, letakkan sebiji bantal pada kaki untuk menopangnya.

5. MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA

Sekiranya anda jarang mencukupkan keperluan air kosong sebanyak 8-12 gelas sehari, inilah masanya untuk anda berbuat demikian.

Jika anda jenis yang susah minum air kosong, anda boleh juga berusaha menambah keperluan tersebut dengan dengan jus buah-buahan (tanpa gula).

6. UTAMAKAN DIET SEIMBANG

Kekurangan magnesium, kalsium, dan garam galian boleh menjadi punca utama anda sering merasa lenguh atau cramp kaki ketika hamil.

Sejak hamil, keperluan bagi ketiga-tiga nutrien ini juga bertambah selari dengan usia kehamilan anda. Ubah gaya pemakanan anda kepada makanan yang bernutrisi tinggi, terutamanya kalsium dan magnesium. Lebihkan sayuran hijau, hasil tenusu, buah-buahan, dan gantilah snek yang tidak berkhasiat dengan kekacang seperti almond, badam, dan pistachio.

Ibu hamil kena makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

7. MINUM SUSU & MAKANAN TINGGI KALSIUM

Ibu-ibu yang sering diserang kekejangan pada waktu malam merasakan bahawa meminum segelas susu sebelum tidur dapat membantu mengurangkan gejala tersebut.

8. MAKAN SUPLEMEN YANG DIPRESKRIPSIKAN

Biasanya, ibu hamil akan diberikan suplemen oleh Klinik Kesihatan iaitu pil Zat Besi (iron tablet), Asid Folik, Vitamin B Kompleks, dan Vitamin C. Keempat-empat pil ini amat penting untuk mencukupkan keperluan nutrisi harian anda. Jangan Lupa Qaseh Gold Premier.

Oleh itu, patuhi jadual dan makanlah suplemen ini setiap hari. Jangan mengelat atau sengaja menukarkan pil ini dengan produk-produk lain yang tidak diketahui kandungan bahannya tanpa pengawasan doktor.

Subscribe for update

4 + 15 =