Qaseh Kazim Network

5 CARA ATASI PUNCA JERAGAT

5 Cara Atasi Punca Jeragat

Tip Kecantikan | 0 comments

#PERHATIAN UNTUK IBU ANAK TIGA! 5 PUNCA JERAGAT YANG PERLU DIKETAHUI

Selepas kelahiran anak ketiga, mula lihat perubahan pada wajah. Wajah dah tak seperti dulu.

Tak dinafikan faktor usia menjadi punca. Selepas anak ketiga, usia bukan lagi muda. Semakin hari, semakin berusia. Tetapi tiada siapa dapat kawal usia.

5 punca jeragat yang perlu diketahui.

1. MATAHARI

Cahaya matahari mengandungi sinar UVA dan UVB. UVA boleh merosakkan sel bawah kulit manakala UVB pula merosakkan sel luar kulit.

Sebenarnya kulit secara semulajadi akan menghasilkan melanin untuk melindungi kulit dari sinar UV. Melanin ini berwarna gelap kerana warna gelap menyerap UV lebih sedikit berbanding warna cerah.

Melanin baik untuk kulit wajah. Masalah muncul bila melanin dihasilkan terlalu banyak dan menjadi bertompok-tompok.

 

2. KEHAMILAN

Ketika hamil, hormon akan menjadi tak menentu. Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jeragat.

Setengah jeragat akan hilang selepas kehamilan. Tetapi ada juga yang terus mengalami masalah jeragat selepas kehamilan.

3. RAWATAN HORMON

Perubahan hormon juga berlaku apabila mengambil pil hormon ataupun pil perancang. Tujuannya mungkin nak kawal kehamilan selepas anak ketiga dan perlu menggunakan pil perancang.

Hormon yang tak seimbang ataupun perubahan hormon ini juga boleh menyebabkan jeragat terjadi.

4. PEMILIHAN PRODUK YANG SALAH

Mula kekurangan masa apabila anak mula ramai. Mula nak cepat dalam melakukan sesuatu perkara. Nak cepat cantik. Nak cepat bersih dan macam-macam lagi.

Ketika ini, mula memilih produk yang salah. Hingga tersalah pilih produk yang ada bahan kimia bahaya. Mungkin juga selalu tukar-tukar produk.

5. PENJAGAAN MUKA YANG TAK BERTERUSAN

Kerana sibuk dengan karenah anak-anak, mula abaikan penjagaan wajah. Tak jaga kebersihan wajah. Rasa tak sempat. Rasa tak perlu.

Jika bekerja, balik rumah selepas kerja dan terus tidur kerana penat. Sikap sambil lewa dalam penjagaan wajah juga boleh menyebabkan jeragat.

Punca jeragat sudah diketahui. Jika ingin selesaikan masalah jeragat, perlu tahu cara untuk atasi punca jeragat.

 

BERIKUT ADALAH 5 CARA ATASI PUNCA JERAGAT YANG PERLU DIKETAHUI.

1. MATAHARI

Elakkan diri dari cahaya matahari. Jika perlu bekerja dan perlu terdedah kepada cahaya matahari, cari produk yang dapat lindungi kulit wajah dari cahaya matahari.

Guna produk yang mempunyai SUN PROTECTOR FACTOR (SPF). Seeloknya produk yang diyakini dan selamat.

2. KEHAMILAN

Sewaktu kehamilan, hormon mula berlaku perubahan. Orang hamil memang istimewa. Macam-macam perkara luar biasa boleh berlaku.

Selepas kehamilan, jika jeragat masih ada, boleh cuba gunakan serum. Serum boleh membantu menguatkan sel kulit dari dalam.

Seeloknya, serum tersebut ada alpha-mags. Alpha-mags adalah sejenis bahan aktif yang dapat mengurangkan penghasilan melanin.

3. RAWATAN HORMON

Setelah menggunakan pil perancang, hormon akan berlaku perubahan. Ketika ini, emosi juga mungkin boleh terganggu. Tambah lagi dengan karenah anak kecil yang pelbagai, cukup untuk buat rasa stress dan penat.

Tiada cara lain. Cuba kawal emosi. Usah stress dengan anak-anak. Sentiasa baca tips-tips parenting supaya tahu kenapa anak mengamuk, kenapa anak selerakkan mainan dan sebagainya.

Bila tahu tentang psikologi anak, keadaan akan jadi lebih tenang dan pasti dapat kawal emosi dengan lebih baik.

4. PEMILIHAN PRODUK YANG SALAH

Perlu ubah mindset dalam diri. Tak ada yang segera dalam dapatkan hasil. Kulit wajah ada fisiologinya. Ada jangka masa tertentu untuk sel kulit menjadi sel mati.

Usah terpedaya dengan iklan yang HYPE. Guna hari ni, esok terus nampak hasil. Guna hari ni, lusa dah pudar. Semua itu melanggar fisiologi kulit.

Gunalah produk semulajadi. Kesannya memang lambat tetapi selamat. Itu yang paling penting. SELAMAT!

Berhenti tukar- tukar produk. Kesian kat kulit wajah. Sekejap produk tu, sekejap produk ni. Kulit wajah pun boleh terganggu dengan penukaran produk yang kerap.

5. PENJAGAAN MUKA YANG TAK BERTERUSAN

Sekali lagi, mula rasa tak sempat. Anak dah masuk tiga. Rasa tak ada masa. Anak adalah faktor luaran yang tak boleh diubah. Ubah diri sendiri.

Buat satu rutin dan cuba disiplinkan diri. Bersihkan wajah secara konsisten. Satu pagi, satu malam contohnya. Ataupun boleh bersihkan wajah setiap kali ambil wuduk.

Semuanya bergantung kepada diri sendiri. Ingat! Wajah bukan boleh ditukar ganti. Lebih baik bermula sekarang daripada biarkan jeragat semakin teruk.

Itulah antara 5 punca jeragat dan 5 cara atasi untuk ibu yang ada anak tiga. Usah bertangguh. Atasi punca jeragat dari awal.

Kongsilah tips ini kepada ibu-ibu lain juga. Mungkin 5 tips ini bermanfaat juga kepada ibu-ibu lain.

#YAKIN . #SIHAT . #CANTIK

Subscribe for update

11 + 2 =