Qaseh Kazim Network

5 CARA ATASI ALAHAN SEMASA HAMIL

5 Cara Atasi Alahan Semasa Hamil

Tip Keibubapaan, Tip Kesihatan, Tip Pemakanan | 0 comments

1) Makan kerap dalam kuantiti yang sedikit

Makan kerap. Bila anda lapar, makan sahaja. Tak perlu nak tunggu masa lunch, baru nak makan. Bawa makanan yang senang dibawa seperi biskut dan roti bersama anda.

2) Elakkan makan makanan yang pedas dan bergoreng

Makanan yang bergoreng, berlemak dan pedas dapat membuatkan anda rasa loya dan mual. Anda rasa nak muntah. Elakkan lah.

3) Banyakkan minum air kosong

Disebabkan anda selalu muntah, bendalir dalam badan berkurang. Jadi, kerap minum air kosong supaya badan anda tidak dehydrate. Air kosong juga dapat memberi kesegaran kepada badan anda.

4) Elakkan dari bau yang membuat rasa mual

Ada sesetengah orang, bau nasi hampir masak membuatkan dia rasa mual. Ada yang bau suami pun tak boleh, rasa nak muntah. Macam-macam kerenah yang saya pernah dengar. Saya juga pernah alah dengan bau makanan bergoreng. Memang tak tahan. Sampaikan saya tak masak sepanjang mengalami alahan. Hehe…

5) Elakkan perut kosong

Bangun awal pagi, terus makan biskut atau roti. Ini memang dapat mengurangkan rasa mual. Bila perut kosong dan berangin, mulalah ‘ombak’ mual akan datang. Jadi, jangan biarkan perut anda kosong. Makan sebijik tamar setiap pagi pun bagus. Dapat memberi tenaga segera kepada kita.

Seterusnya, jangan lupa untuk makan buah-buahan.

Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

  1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
  4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  6. Membantu mengekalkan berat badan.
  7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  8. Mengurangkan risiko barah.
  9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
  10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman

Subscribe for update

6 + 1 =