Qaseh Kazim Network

3 Tip Berjaya Berniaga Dari Rumah

HANYA BEBERAPA TEMPAT TINGGAL SAHAJA! Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 9 bulan membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my.Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Mei ini! Klik di sini sekarang! atau kami di 03- 77292277. *Hubungi kami untuk Ramadhan Special PROMO!*

Memulakan perniagaan dari rumah merupakan pilihan yang agak popular hari ini. Bukan sahaja, memulakan perniagaan dari rumah dapat menjimatkan kos overhead berbanding dengan memiliki premis perniagaan sendiri, ia juga dapat menjimatkan masa dimana tidak perlu berulang-alik ke premis setiap hari dan ini menjimatkan masa. Masa yang dijimatkan pula dapat diluangkan bersama keluarga ataupun melakukan sesuatu yang diminati pada masa lapang.

Berikut adalah 3 tip dalam memulakan bisnes dari rumah:

1. Lakukan perniagaan yang diminati

Antara sebab memulakan perniagaan dari rumah adalah kerana ianya adalah lebih fleksibel dari segi masa yang anda perlu luangkan, serta jenis perniagaan yang dijalankan. Sebaiknya dalam memulakan apa pun jenis perniagaan, lakukan perniagaan yang mengikut minat anda. Tambahan lagi, berniaga dari rumah akan memerlukan fokus dan disiplin anda.

Dengan melakukan perniagaan yang diminati, kerja yang dilakukan tidak seperti satu “kerja”. Ia akan dirasakan seperti hobi. Pastinya amat memuaskan melakukan hobi sambil menjana pendapatan. Sekiranya anda suka membuat kuih raya, jadiakannya perniagaan dari rumah anda. Sekiranya anda suka pada fesyen, apa kata jual barangan fesyen sempena musim perayaan.

bisnes internet

 

2. Cari kelainan dalam perniagaan

Menjalankan perniagaan kini adalah agak kompetetif oleh kerana pesaingan yang agak tinggi. Apa sahaja perniagaan yang dilakukan, pastinya terdapat pesaingan dalam industry tersebut. Mungkin persaingan dari perniagaan dari rumah juga, ataupun perniagaan lebih besar. Tidak kira siapapun pesiang anda, cara bersaing terbaik adalah dengan mencari sedikit kelainan yang boleh anda berikan melalui perniagaan anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda menjalankan perniagaan menjual kuih muih ketika musim perayaan yang menjelang tiba, pastinya ramai juga usahawan kuih lain menjalankan perniagaan yang sama dan merupakan pesaing anda. Fikirkan cara bagaimana kuih anda, walaupun jenis yang sama, dapat dibezakan dengan kuih pesaing mungkin dari segi saiz yang berbeza, warna yang berbeza atau pembungkusan yang berbeza.

3. Pekhidmatan lebih personal

Kelebihan perniagaan kecil-kecilan dari rumah adalah perkhidmatan yang lebih peribadi dapat diberikan kepada pelanggan. Pelanggan akan terus menghubungi pemilik perniagaan dan perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih sempurna antara pemilik perniagaan dan pelanggan.

Sentuhan peribadi ini akan dapat meningkatkan lagi kepercayaan dan kredibiliti usahwan bersama para pelanggan. Seringkali, apabila hubungan antara usahawan dan pelanggan adalah lebih personal dan rapat, pelanggan akan sentiasa menjadikan perniagaan tersebut sebagai pilihan utama apabila memerlukan produk atau perkhidmatannya pada tahun-tahun akan datang.

Bagi usahawan pula, ianya adalah jualan yang berulang dan keuntungan yang berganda dalam jangka masa waktu yang panjang.

Di Internet, siapa cepat dia dapat.

Siapa yang telah mulakan blog pada 2005, pastinya kini blog mereka telah menakluki muka surat hadapan search engine seperti Google. Siapa yang telah menggunakan Google Adwords sejak tahun 2008 pastinya perniagaan dapat meraih keuntungan yang besar ketika kos Adwords adalah rendah. Siapa yang telah mula menggunakan Facebook ads sejak 2010, pastinya telah mendapat pelanggan yang ramai ketika tiada pesaing dan harga iklan tidak semahal kini.

Subscribe for update

5 + 3 =