Qaseh Kazim Network

3 Cara Dapatkan Idea Untuk Menulis Iklan

3 Cara Dapatkan Idea Untuk Menulis Iklan

Tip Pemasaran | 2 comments

Semua orang boleh menulis TETAPI untuk menulis dalam bidang MARKETING ianya mmemerlukan ilmu. Mesti menulis untuk buatkan orang rasa nak beli. dan percaya dekat kita. Dalam bidang pemasaran, ilmu ini dipanggil copywriting.

APAKAH ‘COPYWRITING’???

Penulisan iklan adalah perbuatan menulis teks untuk tujuan pengiklanan atau pemasaran sesuatu produk, perniagaan, orang, pandangan ataupun idea

Kebanyakan penjual gagal dalam merentasi ilmu copywriting. Bila semangat menulis datang tiba-tiba hilang begitu sahaja kerana ketandusan idea. Jom belajar 3 cara untuk dapatkan idea untuk menulis iklan.

#1- FAQ: Frequently Asked Question Prospek atau Pelanggan.

Soalan yang diutarakan oleh pelanggan setiap kali ingin memberi produk boleh dijadikan modal untuk iklan. Hal ini kerana setiap persoalan yang diajukan merungkai permasalahan yang berkaitan dengan produk yang dijual.

Contoh FAQ pelanggan:
“Produk ini sesuai ke untuk ibu mengandung?”
“Tak ada kesan sampingan ke?”
“Nak pakai macamana?”

Menulis iklan ini senang. Kalau kita tahu, apa yang pelanggan mahu tanya. Apa yang pelanggan tanya. Itu yang kita tulis. Setiap bisnes soalan-soalan wajib nya berbeza.

Jika selama ini anda hanya jawab FAQ pelanggan semasa close sales. Apakata anda jadikan jawapan itu sebagai iklan.

  1. Kumpul soalan yang selalu ditanya.
  2. Dapatkan soalan ini daripada HQ atau anda sendiri tanya.
  3. Cari jawapan untuk soalan tersebut.

Kemudian, gunakan ia sebagai iklan. Semakin banyak soalan-soalan ditanya semakin meningkat pengetahuan pengguna terhadap produk yang dijual anda.

#2– Testimoni Pelanggan.

Testimoni pelanggan boleh dijadikan aset untuk anda beriklan. Testimoni ialah alat cerita yang bagus untuk dijadikan iklan. Jika sebelum ini, anda dah ada pelanggan, sentiasalah berhubung dengan mereka untuk dapatkan tindakbalas hasil penggunaan produk anda jual setiap waktu.

Contoh testimoni ringkas:
“Jika dahulu bangun ke tandas pun saya tidak mampu, kini segalanya berubah setelah mengamalkan produk A akak kembali bertenaga dan sakit lutut telah pulih sepenuhnya.”– Kak Munah, Cyberjaya.

“Saya dah cuba bengkung ni. Rasa selesa dan tidak ketat. Bila makan banyak pun tidak rasa sendat. Bengkung ini mesra pengguna seperti saya yang telah berusia.”– Puan Mastura, Kelantan.

Anda perlu sentiasa berhubung dengan pelanggan untuk dapatkan testimoni terbaik daripada mereka kerana latarbelakang setiap pelanggan adalah berbeza.

1. Hubungi balik pelanggan lama untuk tanya khabar.
2. Bila mereka respon, tanya dah guna ke produk kita.
3. Bila mereka kata dah guna. Tanya feedback mereka.

Pastikan kita dah sedia soalan untuk ditanya. Boleh guna call/borang/interview secara berdepan. Jika anda orang baru, boleh guna Whatsapp.

#3- Manfaat Bahan-bahan Dalam Produk Yang Ramai Prospek Tak Tahu.

Segelintir pelanggan lebih suka untuk mengeetahui bahan yang terkandung dalam sesuatu produk sebelum membelinya. Sebagai penjual anda perlu khatam setiap kandungan atau bahan dalam produk yang dijual.

Jadikan manfaat bahan dalam bentuk cerita, sebagai modal untuk beriklan. Anda sepatutnya kena lebih mahir berbanding pelanggan. Baru lah mudah pelanggan nak percaya.

“Apakah Manfaat delima untuk merawat batuk Anak Kecil?”
“Kelebihan Durian Belanda untuk ubati penyakit kanser”

Bila dah ada tajuk. Baru cari isi. Macam kita menulis karangan zaman sekolah. Yang penting, beritahu apa manfaatnya dan kepada siapa. Barulah iklan anda akan dibaca prospek.

  1. Cuba senaraikan bahan-bahan yang digunakan dalam produk anda.
  2. Kemudian, jumpa orang paling pakar tentang produk.
  3. Minta mereka cerita tentang manfaat bahan tersebut.

Selepas cerita tentang manfaat. Di perenggan akhir nanti, anda beritahu lah bahan yang diceritakan ini, ada pada produk anda.

Subscribe for update

7 + 11 =