TIPS UNTUK PROMOSI ONLINE

 

  1. Add 10orang kawan baru di FB. Pilih yg benar-benar berpotensi. Contoh: add dari page-page kesihatan.

 

  1. WAJIB POST setiap peak hour. 8am to 9am, 12pm to 1.30pm, 3.30pm to 4.30pm, 6pm to 7pm, 9pm to 10pm.

 

  1. Untuk uols yang baru bermula meniaga, wajib post every hour untuk 1-3 bulan pertama. Nak bagi orang kenal kita. Takda like tak apa, takda comment pun tak apa. Yang penting konsistensi sebab manusia yang suka PM kita dulu, lebih berkualiti dari yg minta kita PM dia.

 

  1. Pastikan uols sentiasa post sekerap mungkin pada minggu gaji. 23hb sampai 30hb. 30 mnit skali pun takpa.

 

  1. Banyakkan share testimoni dan kelebihan produk.. Gunakan teknik sharing.. Bukan menjual!!

 

  1. Gunakan isu-isu semasa untuk mengembangkan empayar perniagaan anda cntohnya GST, yuran sekolah anak etc

 

  1. Slalu share info & latest testimoni pelanggan dari produk kita.

 

  1. Gunakan teknik autoposter & create page! Pastikan uols join group bisnes sebanyak mungkin untuk implement teknik autoposter.

 

  1. Jangan lupa Like semua status rakan fesbuk uols yang lalu kat news feed. So then, diorang pun akan nampak news feed uols. Kalau boleh wujudkan komunikasi (create communication) sebab manusia ni memanggg suka bila dia dapat attention. So tak mustahil one day dia akan perhatikan wall uols. Ingat! Setiap fesbuk friend kita adalah prospek / pelanggan kita

 

  1. JANGAN post status berunsur Emosi sbb ia sangat tak bagus untuk perniagaan uols. Sangat sangat sangat tak bagus! Kalo uols buat, dah macam uols tabur pasir dalam periuk nasi sendiri. INGAT! Kita bukan penjual, kita networker. Penjual hanya menjual produk tapi kita kongsi produk dan kembangkan network kita. Bisnes kita ni is all about relationship! So hati-hati dan hati-hati bila post status berunsur emosi. Okay? ☺☺

 

  1. Jaga tutur kata, ayat dan bahasa ketika bercakap dengan pelanggan. Tak kisah la dia suruh PM dia berpuluh ratus kali pun harga produk.. Just PM je.. Bayangkan die baru 1st time tanya.. Begitu jugak dgn prospek kita.. Please please please ????? do not push them to join if they don’t want to join! Biar dia sendiri yang willing, ikhlas nak join. Kite bisnes nak lama.. Orang tu jugak nanti jadi bisnes partner kita. So kalo dia taknak then takpa. Ingat ni ya, “U SAY NO, I SAY NEXT!” Percayalah.. Rejection is money.. Dapat banyak rejection pun takpa.. Belajar dari kesilapan.. Study balik apa yg salah, kenapa dia tak join. Yg salah kita bukan dia. Dari rejection kita dpt belajar banyak sangat benda.

 

  1. Jangan tinggal SOLAT DHUHA.. sebab Solat dhuha itu kunci kepada pintu rezeki. KELUARKAN ZAKAT dari pendapatan kita supaya rezeki kita diredhai & diberkati..

 

  1. Akhir sekali, kalau uols rasa uolss sudah buat semua kat atas ni berbulan-bulan lamanya tapi tak jadi pun mcm org lain.. Effort dah sama.. Tapi still macam tu juga.. So, kita screen and check hubungan ke-Rohani-an kita dengan Allah, dengan parents, dengan adik beradik, dengan kawan-kawan atau dengan siapa-siapa sahaja. Rezeki itu rahsia Allah.. Bila ia jadi itu bersebab dan tak jadi itu juga bersebab. Kita balik pada asas. InshaAllah semuanya di permudahkan.

 

  1. Last but not least. POSITIVE. Sentiasa positive. Nak bisnes, hati kena bersih dan kuat, akal kena sentiasa open.. Mudah terima teguran.. Mudah terima apa yang di ajar.. Kena tegur, semuanya untuk kebaikan ☺