Qaseh Kazim Network

10 Tips Penjagaan Wajah Dan Pencuci Muka Yang Berkesan

10 Tips Penjagaan Wajah Dan Pencuci Muka Yang Berkesan

Tip Kecantikan | 0 comments

Kecantikan diri bukan sekadar memberi kesan pada segi fizikal, tetapi apabila melihat diri sendiri di cermin, ia boleh meninggalkan impak dari segi emosi. Keadaan diri yang tidak terurus dan kelihatan tua daripada usia sebenar mungkin boleh menyebabkan tekanan,   merosakkan keyakinan dan seterusnya menjejaskan keceriaan dalam kehidupan seharian.

Sekiranya kulit dibiarkan tanpa sebarang perhatian, pelbagai masalah kulit akan timbul antaranya kulit kusam, bintik hitam, kulit menjadi gelap, berjerawat, terjejas akibat selaran matahari dan kemerah-merahan. Dalam usaha mendapat kulit yang bebas sebarang noda tanpa bergantung kepada produk yang mahal, penjagaan murah menggunakan bahan semula jadi juga berkesan untuk diamalkan.

 

1. Memilih Pencuci Muka

Tips paling utama sebelum anda membeli mana-mana produk pencuci muka ataupun facial cleanser adalah mengenalpasti jenis kulit muka atau kulit wajah anda. Ini kerana setiap orang memiliki jenis kulit muka yang berbeza-beza. Sebagi contoh, jika anda memiliki kulit berminyak, jangan pilih pencuci muka untuk kulit sensitif pula, kerana jelas ia tidak sesuai untuk anda. Lagi satu, kalau anda lelaki, sebaik-baiknya gunakan produk facial cleanser khas untuk lelaki kerana porduk ini sememangnya telah disesuaikan dengan struktur kulit muka lelaki.

 

2. Cuci Muka Sebelum Tidur Malam

Seterusnya, sebelum mencuci muka, anda disarankan agar membersihkan wajah terlebih dahulu dengan make up remover atau tisu basah. Hal ini kerana ianya dapat menanggalkan kotoran pada wajah yang berkemungkinan tidak mampu dibersihkan oleh pencuci muka. Bahagian muka yang perlu diberi perhatian adalah di sekitar mata, hidung, pipi dan dahi. Muka kita sentiasa akan terdedah dengan debu dan kotoran dalam seharian. Jadi, sebelum tidur seeloknya bersihkan muka anda daripada kotoran-kotoran tersebut untuk mengelakkan timbulnya jerawat. Jangan biarkan kita tidur tanpa menanggalkan make up untuk mengelakkan pori-pori dalam wajah sukar bernafas. Pastikan muka ketika tidur bebas dari sebarang kotoran atau make up. Bila bangun pagi, wajah akan kurang berminyak dan tidak kelihatan kusam.

 

3. Cuci Muka Lepas Bangun Tidur Pada Waktu Pagi

Sel-sel kulit mati dan bakteria yang terkumpul pada bantal atau tilam anda akan melekat pada kulit wajah anda sepanjang malam. Sepanjang waktu anda tidur juga kulit wajah anda akan mengeluarkan kotoran-kotoran dari muka anda dan akan terkumpul di sekitar wajah anda jadi anda harus mencuci kotoran yang terkumpul tersebut.

 

4. Jangan Kerap Bertukar Produk

Setiap produk mengandungi bahan kimia yang berbeza. Jadi, ianya sangat bahaya jika terlalu banyak bahan kimia yang bercampur digunakan pada muka anda. Kalau nak cuba gunakan produk lain, biarkan kulit muka anda ‘rest’ sekurang-kurangnya tiga hari untuk naturalkan balik kulit muka anda. Jangan hari ni guna produk lain, esok guna produk lain pula. Bimbang akan terjadinya pencampuran bahan kimia yang boleh merosakkan muka. Seelok-eloknya dapatkan nasihat doktor untuk memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah kita sendiri

 

5. Jaga Pemakanan

Elakkan makanan yang berminyak, pedas dan berkalori. Bukan tak boleh, tapi KURANGKAN. Makanan berminyak boleh menyebabkan jerawat dan kulit berminyak. Anda boleh gantikan makanan anda dengan makanan yang dikukus atau dipanggang. Tidak perlu menggunakan minyak dalam masakan. Kurangkan makan makanan yang terlalu pedas dan tinggi kalori juga.

 

6. Minum Air Kosong Secukupnya Dalam Sehari

Pengambilan air kosong sekurang-kurangnnya 8 gelas sehari membantu untuk menghidratkan kulit wajah dan menyingkirkan bahan toksik dalam badan. Bahan toksik boleh menyebabkan jerawat pada muka jadi banyakkan pengambilan air kosong dalam seharian anda.

 

7. Banyakkan Pengambilan Buah-buahan Dan Sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya kaya dengan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Nutrisi dan zat-zat tersebut mempunyai vitamin yang membantu mencantikkan kulit dan menyihatkan kulit seperti lemon, limau nipis, tomato dan sebagainya.

 

8. Kurangkan Penggunaan Alat Solek

Foundation atau bedak yang digunakan pada muka boleh menyebabkan pori-pori anda tersumbat dan menimbulkan jerawat. Seelok-eloknya gunakan make up yang tidak terlalu tebal dan nipis.

 

9.Asingkan Kain Tuala Pengelap Muka

Jangan lap muka anda yang basah menggunakan tuala yang sama anda gunakan untuk mengelap badan. Sediakan kain tuala yang kecil khas untuk mengelap muka anda yang basah. Tuala mandi yang anda gunakan untuk lap badan anda selepas mandi belum tentu bersih untuk mengelap muka anda.

 

10. Gunakan Pencuci Muka Berasaskan Minyak Kelapa Dara

  • Pencuci muka yang mencuci kulit dengan lembut dan mendalam
    tanpa mengeringkannya.
  • Busa mewah menjimatkan penggunaan.
  • Kulit lebih bersih dan segar.
  • Bahan aktif: Minyak Kelapa Dara, Minyak Tea Tree, Vitamin C,
    Vitamin B3

 

Subscribe for update

12 + 9 =